Cart 0

SC GLOBAL RESOURCES SDN BHD (1157221-X) merupakan syarikat milik penuh bumiputra yang didaftarkan pada tahun 2015 yang menyediakan produk kecantikan dan kesihatan berkualiti premium. 

Diasaskan oleh Cik Puan Azila yang mempunyai lebih 14 tahun pengalaman di dalam dunia perniagaan dan kesihatan.

Pengalaman selama 14 tahun berkecimpung dalam pelbagai jenis perniagaan sebelum ini, memberikan beliau satu anjakan paradigma di dalam usaha meningkatkan kualiti hidup mencapai kebebasan kewangan.

Sepanjang bergiat aktif di dalam industri ini, beliau telah banyak mempelajari teknik, sistem dan pendekatan terbaik yang mampu menghasilkan pendapatan lumayan.

Setelah 14 tahun di dalam dunia perniagaan dan kesihatan yang telah sebati dengan jiwanya, Puan Nor Azila kini melangkah setapak lagi kehadapan dengan membangunkan perniagaan dibawah nama SC GLOBAL RESOURCES SDN. BHD & SUKSES BERSAMA SUKSES TERNAMA di ( INDONESIA).

Idea SC GLOBAL dicetuskan oleh Cik Puan Azila dan COO, Tuan Kay Rule yang terlibat sama dalam perniagaan secara online trading.

Mereka berganding bahu bersama untuk membangun pemasaran yang baru selari dengan misi “YOU CHOOSE YOUR DESTINY”.

Hasil cetusan idea yang disumbangkan oleh mereka melalui perbincangan berterusan, maka terhasillah jenama SECRET CORREA.

Bukan sahaja menawarkan produk berkualiti, kini SC GLOBAL mempunyai lebih 2000 orang distributor di seluruh malaysia termasuk Brunei, Singapore Indonesia & Bangladesh




Bagaimana Secret Correa Bermula?

Idea untuk menghasilkan produk ini saya peroleh sewaktu bercuti ke Korea pada tahun 2012. 

Boleh dikatakan saya agak terpegun melihat orang-orang di sana. 

Bayangkan rata-rata antara mereka memiliki bentuk badan yang ideal. 

Sejak itu saya tertanya-tanya apakah rahsia orang Korea guna sehingga kekal langsing dan cantik. 

Melalui kajian yang di buat, akhirnya saya menemui formula dan mengambil keputusan memperkenalkan jenama Secret Correa




Kenapa Secret Correa Mendapat Permintaan Tinggi?

Antaranya Losyen Premium menggunakan kolagen bunga matahari yang kaya dengan vitamin E, Guarano, Hedera Helix dan inovasi dari teknologi Korea.

Losyen ini juga mempunyai banyak fungsi untuk tubuh badan.

Antaranya membantu mengurangkan lemak di badan, mencantikkan dan menegangkan kulit, mengawal selera makan, melegakan batuk dan sesak nafas, melegakan kegatalan ekzema, melegakan sengal badan dan sakit kepala serta sesuai untuk warga tua yang mempunyai masalah sakit sendi dan kulit.




BodyTheraphy